Saturday, March 22, 2014

CCLEANER 4.11.4619


Title:CCleaner 4.11.4619
Filename:ccsetup411.exe
File size:4.54MB (4,765,152 bytes)
Requirements:Windows 2000 / XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64 / Windows8 / Windows8 64
Languages:Multiple languages
License:Freeware
Date added:February 25, 2014
Author:Piriform (www.piriform.com)

Friday, February 14, 2014

BUKU TEKS DIGITAL KPM DILANCARKAN

Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah berjaya dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net .
Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut:
Semua buku teks yang berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan (Rendah) telah dimuatnaik ke Rak Buku (Book Shelf) di dalam portal VLE Frog SKS2BK melalui 1BestariNet.net . Ibu bapa boleh melihat buku-buku tersebut setelah log masuk (hop in) ke laman sesawang tersebut.

Tuesday, February 11, 2014

TECH WORLD EXPO 2014

Tech World Expo 2014 akan diadakan di Mid Valley Megamall pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 21 - 23 Februari 2014
Masa : 11:00 pagi - 9:00 malam
Tempat : Hall 1, Hall 2 & Hall 3
Penganjur : Megan Merit Sdn. Bhd. (Managed by EM Exhibitions (M) Sdn. Bhd.)
Telefon : 03-6205 3631
Fax : 03-6205 3630
Email : info@evenmasters.com.my
Laman web : www.pcexpo.com.my

Expo ini akan mempamerkan pelbagai teknologi terkini serta gajet-gajet yang terbaharu di dalam pasaran. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk ke sana bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang teknologi terkini dalam pelbagai bidang.

Saturday, February 1, 2014

Ccleaner 4.10.4570

Title: CCleaner 4.10.4570
Filename: ccsetup410.exe
File size: 4.50MB (4,721,920 bytes)
Requirements: Windows 2000 / XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64 / Windows8 / Windows8 64
Languages: Multiple languages
License: Freeware
Date added: January 23, 2014
Author: Piriform www.piriform.com
 

Thursday, January 16, 2014

KEMASKINI YES ID MURID 2014

Yes ID adalah akaun yang dicipta oleh 1Bestarinet untuk log masuk ke laman sesawang Frog VLE. Setiap Yes ID adalah unik yang diberikan kepada penyelaras, pentadbir, guru, kakitangan pejabat, murid dan ibu bapa.

Setiap tahun, 1Bestarinet akan mengemaskini maklumat guru dan murid. Ini berkaitan dengan perubahan-perubahan pada data setiap individu sama ada berlaku perubahan atau berpindah masuk mahupun keluar dari sekolah ini. Justeru itu, maklumat tersebut perlu dikemaskini dan diselenggara untuk memastikan data yang dikeluarkan adalah sahih.

Walaupun begitu, bagi murid-murid yang telah diberi Yes ID oleh guru masing-masing pada tahun lepas boleh menggunakannya seperti biasa. Bagi murid baharu, Yes ID anda akan dicipta dan akan diberikan kepada anda dengan segera agar dapat digunakan secepat yang mungkin.

Semua yang di atas akan dapat diselesaikan setelah data APDM telah disahkan dan dimuatnaik ke dalam sistem 1Bestarinet. Oleh yang demikian, data ini mengambil masa yang lama untuk diproses. Besar harapan kami agar proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan interaktif. 

Thursday, December 26, 2013

JAWATANKUASA KOMPUTER/ICT 2014

PENGERUSI
Guru Besar

NAIB PENGERUSI
PK Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Semua Penolong Kanan

PENYELARAS
En. Mohd. Fadzli b. Mansor

SETIAUSAHA
Pn. Normee Azura bt. Abdullah

AHLI JAWATANKUASA KERJA
En. Wan Asuwadi b. Wan Yaacob
Pn. Azura bt. Razali
Pn. Siti Nurbaya bt. Ramli
Pn. Noor Aenszan bt.Idris
Pn. Roziana bt. Abd Malek
Cik Nur 'Atiqah bt. Che Saad

Thursday, December 12, 2013

CAWANGAN BAHARU CHALLENGER TECHNOLOGIES


Challenger Technologies telah membuka cawangan baharunya di Sunway Pyramid. Majlis perasmian akan diadakan pada jam 10.30 pagi 13 Disember 2013 (Jumaat). Persembahan tarian singa akan diadakan sempena perasmian tersebut. Challenger adalah sebuah syarikat teknologi maklumat yang terkemuka di Malaysia. Terdapat 2 buah cawangan yang sedia ada iaitu di The Mines dan Suria KLCC. Berikut adalah kedudukan cawangan di Sunway Pyramid :

Challenger@Sunway Pyramid
Lot OB3.LG2.2,
Oasis Boulevard,
Lower Ground Two
(Bersebelahan Old Town White Coffee)

 Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : http://www.challenger.my/